Friday 16 December 2011

awan guling Vs kesucian hati....

                              kat atas bukit belakang power plant ni lah port kami melepak...


"haih, kalau ade awan guling kan senang, tak payah aku penat-penat
 panjat bukit neh," keluh ashi.
"kalau ade awan guling shi, bukan kau naik awan guling,
 awan guling naik kau",sampuk muiz.
 kata-kata muiz itu disambut dengan hilai tawa oleh kami semua.
"tapi kan, kalaulah betul-betul ada awan guling, aku rase antara kita
 ramai-ramai ni,tak ada sorang pun yang boleh naik."sambung muiz lg.

Dek kerana kebosanan yang melanda, awan guling dalam dragon ball
turut menjadi topik perbualan kami.Walaupun umur masing-masing sudah  
menjengah suku abad, dragon ball tetap di hati.

Awan guling dalam dragon ball hanya boleh dinaiki oleh orang yg berhati bersih.

Berapa ramaikah diantara kita mempunyai hati seperti goku? .
.tepuk dada tanyalah hati..
Sama ada kita sedar ataupun tidak, sifat-sifat mazmumah seolah-olah
telah sebati dalam kehidupan kita. Pernah dengar kan sebuah kedai makan
yang dahulunya tersohor tiba-tiba gulung tikar akibat disihir oleh orang
yang berdengki?

Rasanya lah kan, org macam ni boleh naik awan guling tak?:)

Jom kita check diri kita...
Berapa ramai diantara kita yg tidurnya berbekalkan marah dan dendam?
Santapan hariannya berulamkan dengki dan khianat?
Ramai kan? =)..Saya pun salah seorang dari yang ramai-ramai tu.


من يغفر يغفرالله ومن يعفو يعف الله عنه
Barang siapa yang mengampuni kesalahan orang lain maka Allah akan mengampuninya dan barang siapa yang memaafkan maka Allah akan memaafkannya”.

Bersama-samalah kita belajar memafkan orang lain, semoga dengan itu hati kita akan menjadi lebih tenang. InsyaAllah.


Melihat sesuatu dari sudut yang positif...

         " Hmm..kalau hari-hari hujan, banjirlah jawabnya"..pernah tak kata-kata sebegitu menjengah kotak fikiran kita? dah tentulah kan, kita hanya manusia biasa. Walaupun kita tahu hujan itu rahmat daripadaNya, dan diantara waktu-waktu mustajab untuk berdoa adalah ketika turunnya hujan, kita akan tetap beranggapan hujan tersebut akan membawa bencana kepada kita.

          Itu adalah salah satu contoh ringkas yang dapat saya ambil daripada kehidupan seharian kita. Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku yang kita adakalanya cenderung untuk menyalahkan sang Maha Pencipta. Pernah dengarkan orang berkata:

"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah."

  Jadi sahabat sekalian, walau apa sekalipun yang menimpa kita, percayalah pasti ada hikmah disebaliknya.
Benar, adakalanya kita akan bersedih, kecewa dan berduka apabila sesuatu yang kita rancang itu tidak menjadi kerana kita adalah manusia yang dicipta dengan sifat-sifat begitu, akan tetapi janganlah biarkan kesedihan itu menguasai hati kerana ianya akan melemahkan kita.

                                              #########################

Buat ibunda tercinta, ketabahanmu mengharungi saat-saat sakitmu akan kujadikan azimat meneruskan perjuangan ini. InsyaAllah, akan tiba masanya anak ini menjadi sepertimana yang kau ingini. Cuma diri ini perlukan masa untuk kembali kepada fitrahnya. Doakanku wahai umi..

Perkahwinan...satu permulaan atau pengakhiran...?

Dah macam tajuk perbahasan la pulak kan?..


      Sejujurnya diri ini berasa terpanggil untuk menulis sesuatu berkenaan dengan perkahwinan...mungkin disebabkan faktor usia yang hampir menjengah pertengahan 20-an..atau mungkin juga disebabkan ramai teman-teman dan saudara mara seangkatan telah mula melangkah ke alam perkahwinan.


     Apatah lagi setelah membaca blog seorang teman berkenaan dengan perkahwinan, lantas tajuk ini terpilih sebagai entry ketigaku ini..Saya pernah terbaca satu artikel ringkas daripada seorang ustaz berkenaan dengan perbincangannya dengan seorang pemuda..lebih kurang macam ni lah perbualan tersebut..


pemuda  :  ustaz, saya rasa saya perlu bernikah..

ustaz       :    mungkin tidak patut ustaz menyoal, tetapi KENAPA?
    bukan kenapa nikah, tetapi mengapa begitu terdesak?

pemuda : tidak tenteram.Ada gelodak jiwa.

ustaz      : Justeru,selepas bernikah nanti, kalau sudah tenteram
                    dan jiwa kembali  tenang, apa seterusnya?

pemuda : Tenteram itu bukankah sentiasa perlu?
                     Jadi perlukah ada 'seterusnya',  ustaz? Saya keliru.

ustaz     : izinkan ustaz berterus terang.Jika tenang dan tenteram
                  yg anta maksudkan itu pada nikmat beristeri dan
                  menikmati isteri, hati-hati dengan tabiat nikmat dunia.

pemuda : Tabiat yang bagaimana?

ustaz     : Kalau ustaz pakar masak sambal sotong, dan ustaz
                  hidangkan kepada anta buat kali pertama, alhamdulillah.
                  Tengah hari nanti sambal sotong  juga, alhamdulillah.
                  Makan  malam nanti sambal sotong juga, alhamdulillah
                  lagi. Bagaimana jika sarapan pagi esoknya juga sambal
                  sotong dan tengah hari itu juga berlaukkan sambal sotong?
                  Kamu mampu menjamahnya lagi?          

pemuda : Aduh, boleh muntah saya...haha

ustaz     : Benar. Segala nikmat di dunia, biar sesedap mana pun, sedapnya semasa lapar,
                 semasa bujang, semasa belum merasa. Tetapi kalau sudah dirasa, diulang
                 rasa, berterusan merasa, bisa sahaja yang sedap menjadi hambar.

pemuda : Jadi apa yang ustaz cuba beritahu saya?

ustaz     : Pernikahan, jangan sekadar satu penyelesaian. Ia harus lebih besar
                daripada itu.



dipetik daripada buku Aku terima nikahnya 3, Murabbi Cinta..karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

 Jadi sahabat sekalian, renungkanlah..Lafaz aku terima nikahnya, bukanlah semudah yang dilafaz. Bersamanya terpikul seribu satu tanggung jawab yang perlu kita tunaikan. Perkahwinan adalah sesuatu yang sangat dituntut dalam agama. Orang yang berkahwin telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Lantaran itu, carilah sebanyak mana ilmu, sebelum anda melangkah ke alam perkahwinan. Semoga anda menjadi nahkoda yang mampu membawa keluarga anda ke jalan syurga..Sekalung doa ku kirimkan buat sahabat handai dan saudara mara yang baru mendirikan rumah tangga..semoga kalian berbahagia disamping keluarga tersayang dan semoga sentiasa dibawah lembayung rahmatNya.


                                                       Saat Lafaz Sakinah- Fareast



Thursday 15 December 2011

Tilka Hududullah..

Assalamualaikum...

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran, 'tilka hududullah'  yang bermaksud hudud itu milik Allah..
oleh yang demikian, barangsiapa yang mempersoalkan atau memperlekehkan hukum Allah, hendaklah dia segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan..

 Jadi disini saya ingin berkongsi satu video pendek yang pada pandangan saya dapat menjelaskan serba sedikit berkenaan dengan hukum hudud...semoga video ini dapat membantu sahabat sekalian untuk memahami serba sedikit berkenaan dengan hukum hudud..
                                    
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=HLPN09XzoaM
 

Permulaan perjalananku...

Bismillahhirrahmanirrahim....

ku mulakan layar perjalananku dengan kalimah memuja Mu ya Allah..
semoga Engkau mempermudahkan segalanya bagiku..
semoga Engkau menunjukkan jalan yang lurus bagiku..
semoga tiap lafaz kataku memberi seribu manfaat buat diriku dan semua disampingku..
semoga tidak Kau akhiri segalanya disini...Dan izinkanlah tinta ini berbicara selagi mana jasad ini bernyawa..amin..

                                               Layar Keinsafan-Mestica