Dah macam tajuk perbahasan la pulak kan?..
Sejujurnya diri ini berasa terpanggil untuk menulis sesuatu berkenaan dengan perkahwinan...mungkin disebabkan faktor usia yang hampir menjengah pertengahan 20-an..atau mungkin juga disebabkan ramai teman-teman dan saudara mara seangkatan telah mula melangkah ke alam perkahwinan.
Apatah lagi setelah membaca blog seorang teman berkenaan dengan perkahwinan, lantas tajuk ini terpilih sebagai entry ketigaku ini..Saya pernah terbaca satu artikel ringkas daripada seorang ustaz berkenaan dengan perbincangannya dengan seorang pemuda..lebih kurang macam ni lah perbualan tersebut..
pemuda : ustaz, saya rasa saya perlu bernikah..
ustaz : mungkin tidak patut ustaz menyoal, tetapi KENAPA?
bukan kenapa nikah, tetapi mengapa begitu terdesak?
pemuda : tidak tenteram.Ada gelodak jiwa.
ustaz : Justeru,selepas bernikah nanti, kalau sudah tenteram
dan jiwa kembali tenang, apa seterusnya?
pemuda : Tenteram itu bukankah sentiasa perlu?
Jadi perlukah ada 'seterusnya', ustaz? Saya keliru.
ustaz : izinkan ustaz berterus terang.Jika tenang dan tenteram
yg anta maksudkan itu pada nikmat beristeri dan
menikmati isteri, hati-hati dengan tabiat nikmat dunia.
pemuda : Tabiat yang bagaimana?
ustaz : Kalau ustaz pakar masak sambal sotong, dan ustaz
hidangkan kepada anta buat kali pertama, alhamdulillah.
Tengah hari nanti sambal sotong juga, alhamdulillah.
Makan malam nanti sambal sotong juga, alhamdulillah
lagi. Bagaimana jika sarapan pagi esoknya juga sambal
sotong dan tengah hari itu juga berlaukkan sambal sotong?
Kamu mampu menjamahnya lagi?
pemuda : Aduh, boleh muntah saya...haha
ustaz : Benar. Segala nikmat di dunia, biar sesedap mana pun, sedapnya semasa lapar,
semasa bujang, semasa belum merasa. Tetapi kalau sudah dirasa, diulang
rasa, berterusan merasa, bisa sahaja yang sedap menjadi hambar.
pemuda : Jadi apa yang ustaz cuba beritahu saya?
ustaz : Pernikahan, jangan sekadar satu penyelesaian. Ia harus lebih besar
daripada itu.
dipetik daripada buku Aku terima nikahnya 3, Murabbi Cinta..karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.
Jadi sahabat sekalian, renungkanlah..Lafaz aku terima nikahnya, bukanlah semudah yang dilafaz. Bersamanya terpikul seribu satu tanggung jawab yang perlu kita tunaikan. Perkahwinan adalah sesuatu yang sangat dituntut dalam agama. Orang yang berkahwin telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Lantaran itu, carilah sebanyak mana ilmu, sebelum anda melangkah ke alam perkahwinan. Semoga anda menjadi nahkoda yang mampu membawa keluarga anda ke jalan syurga..Sekalung doa ku kirimkan buat sahabat handai dan saudara mara yang baru mendirikan rumah tangga..semoga kalian berbahagia disamping keluarga tersayang dan semoga sentiasa dibawah lembayung rahmatNya.
Saat Lafaz Sakinah- Fareast
No comments:
Post a Comment